Menjadi lumrah kanak-kanak normal, IN ketika menghadapi sesi sebelum baligh memang jenis kaki kartun tak hingat dunia. Dari pagi hinggalah ke maghrib, tengok kartun je kerjanya. Bagi sesiapa yang lahir pada era 80-an, kita memang bertuah. Kerana zaman kecik kita di isi dengan kartun-kartun yang IN rasa sudah boleh dianggap nostalgia dalam hidup kita. Mungkin yang kaki kartun macam IN dulu ingat lagi, waktu-waktu 'perdana' dan 'temujanji' kita dengan televisyen. Tepat, tak pernah lewat bersedia duduk tercengang depan tv kalau kita dah betul betul setia dengan rancangan kartun itu. Yelah, lagi-lagi bersiri. Sama jugak kuasanya dengan cerita-cerita korea yang akak-akak suka tu.
IN bercerita berdasarkan perspektif IN ketika kecil. Dari akhir era 80-an, animasi asing ditayangkan di tv kita. Doreamon, Tomatoman, Sailormon, Dragon Ball, Satria Bajak Hitam (entah kenapa dipanggil sebegini), serta geng Power Ranger Jepun dan Amerika memang secara automatik melekat dan jadi mind set budak-budak. Sekitar 90-an, negara kita menerima kedatangan animasi Usop Sontorian. Apa yang IN perhati, animasi tempatan sentiasa meningkat sedikit demi sedikit, sehinggalah apa yang kita lihat pada Geng Upin Ipin sekarang.
Usop Sontorian diterbitkan oleh Kharisma Pictures Sdn. Bhd. yang mana dimiliki ketika itu oleh Pak Lam (Mr. Michael Lum) dan Md Othman Yusof. Manakala Siri Usop Sontorian diterajui oleh Kamn Ismail dengan pelukis watak animasinya adalah kartunis Ujang.
Usop Sontorian diterbitkan oleh Kharisma Pictures Sdn. Bhd. yang mana dimiliki ketika itu oleh Pak Lam (Mr. Michael Lum) dan Md Othman Yusof. Manakala Siri Usop Sontorian diterajui oleh Kamn Ismail dengan pelukis watak animasinya adalah kartunis Ujang.
Sebagai 'Boss' pada ketika itu, MOY mencadangkan agar latar kartun animasi tersebut dibuat sempena nama kampungnya Parit Sonto dan kebetulannya Menteri Penerangan pada masa itu Datuk Mohamed Rahmat juga berasal dari kawasan tersebut. - Ibnukaduk
Usop Sontorian bukanlah pelopor kepada animasi negara. Kerana sebelumnya, Unit Filem Malaya (kini Filem Negara) sudah menerbitkan filem animasi pendeknya pada 1946. Filem animasi pendek pertama arahan Anandam Xavier ditayangkan pada tahun 1983. Sekitar 1984-1987, muncul filem animasi pendek yang bertajuk Sang Kancil & Buaya, Sang Kancil & Monyet dan sebagainya. Orait, cukuplah mukadimah serta pembelajaran sejarah tentang animasi negara kita. Sekarang, IN nak bagitahu kenapa siri animasi Usop Sontorian adalah yang terbaik. Dan ini adalah pendapat peribadi IN sendiri, jadi yang tak setuju tu tak ada masalah. Sekadar perkongsian pendapat.
1. Jalan cerita yang sesuai dengan jiwa.
Usop Sontorian mengisahkan cerita budak-budak kampung yang aktif. Sebagai budak kampung juga, IN cukup menjiwai sikap dan perangai Usop dan kawan-kawannya Dol dan Abu. Mandi sungai, lastik burung, main rakit, memancing, berkhatan, main meriam buluh dan banyak lagi aktiviti yang dilakukan oleh karektor itu, pernah IN rasai semasa budak-budak dulu. Memang seronok. Kebetulan kampung pun Kampung Parit Sonto, sesuailah dengan lokasinya di Johor. Sebabnya kebanyakan nama kampung di Johor, didahului dengan nama 'Kampung Parit'. Pendek cerita, persekitaran di dalam animasi adalah serupa dengan persekitaran sebenar. So, memangreal life bukannya fantasi merapu.
2. Dialog yang kelakar.
Kenapa orang tua turut suka dengan kartun Usop Sontorian, tidak hanya pada kanak-kanak je? Sampaikan abah IN pun sanggup jagakan tv, ganti tempat duduk IN bila dia suruh IN pergi solat maghrib dulu (dia dah solat awal). Itu uniknya kartun Usop Sontorian. Kebanyakan dialog yang dipertuturkan dalam kartun ini memang kelakar, berdasarkan apa yang kita ucapkan sehari-hari. Langsung tak skema dan spontan walaupun berdasarkan skrip. Dialeknya bersifat umum, semua orang memahami bukan setakat orang Johor, juga seluruh rakyat Malaysia. Mana tak seronok bila kita tengok kartun, macam kartun cakap dengan kita.
Tak disangkal, dialog kartun Usop Sontorian memang kelakar. Sebabnya kebanyakan orang kuat yang menghasilkan kartun ini adalah kartunis-kartunis komik Ujang. Majalah Ujang suatu ketika dulu memang kaw-kaw lawaknya. So, tak hairanlah kalau tengok kartun Usop Sontorian ini macam tengok sitkom.
Sebagai contoh. Suatu ketika, Usop, Dol, dan Abu dibonceng oleh Singh menggunakan basikal tuanya. Di satu jalan, mereka berlanggar dengan tuk mudim.
Singh: Aduh. Apakah ini incik? Walaupun tak terdapat lampu isyarat di jalan ini, mengapa incik melanggar kami dengan sengajanya? Ha? Sia-sia sajalah pakej percutian kami di bukit sekola ini.
Tok Mudim: Isk3, budak ini. Lesen pun tak ada. Salahkan orang pulak.
Usop: Entahla Singh ni, hormatlah orang tua sikit. Kan hormat menghormati itu perbuatan yang baik. Yang tua patut diutamakan dulu.
Singh: Syu..saya lupa la wusop. Ampuni lah diri saya ini incik pakcik.
Tok Mudim: Nama aku bukan incik pakcik lah. Aku ni tok mudim.
Usop, Dol, dan Abu: Ha, tok mudim?!! (serentak terkejut beruk).
Singh: Mengapakah kamu semua menterperanjatkan diri kamu masing-masing? Ha? Apakah salahnya incik pakcik ini menamakan dirinya sebagai tok mudim.
Abu: Hoi, Singh. Cuba diam lapan minit! Kau mana tahu pasal tok mudim ni.
Dialog ini adalah daripada episod berkhatan.
3. Runut bunyi yang sesuai.
Runut bunyi merujuk kepada muzik latar. Pernah tengok cerita P.Ramlee kan? Macam itu lebih kurangnya runut bunyi dalam kartun Usop Sontorian. Bila cemas, bunyi rancak. Bila tenang, bab berdialog pong pang, rilek je bunyinya.
4. Kartun rakyat Malaysia.
Variasi karektor menjadi tarikan buat penonton selain Melayu. Bukan sahaja keluarga Usop, Abu dan Dol sebagai masyarakat Melayu, Singh, Ah Kim, Velu turut mewakili bangsa yang lain. Yang paling menyerlah, watak Singh. Kesannya, orang bukan Melayu pun suka dengan kartun ini. Dulu pernah IN tanya kat supervisor cina tempat IN kerja. Cuba teka, kartun Malaysia mana yang dia paling minat.
Sekarang ini, kartun Usop Sontorian dah tak ada lagi kat tv. Entah apa jadinya, IN pun tak tahu. Sayang kalau tidak diteruskan sebabnya Usop Sontorian dah ada peminatnya yang tersendiri sejak dulu lagi. Begitu jugak dengan siri kartun Keluang Man, pun ramai yang minat. Sebab Keluang Man dicipta oleh orang yang sama dalam Usop Sontorian. InyaAllah, IN akan tayangkan kartun ini kat anak cucu IN nanti. Sebabnya mungkin mereka sudah tak dapat merasa apa yang kita lalui masa kecik dulu.
Sebahagian di atas hanyalah beberapa ciri yang membuatkan hati IN terasa ingin mengiktirafkan kartun Usop Sontorian sebagai yang terbaik. Tak kisahlah kalau ada yang tak setuju, sebab hati orang lain-lain. Lantaklah, orang nak kata apa tentang kartun Usop ini. Gambar tak cantik lah, berjalan macam tak betul lah. Yang penting rasa seronok dan terhibur bila menonton. IN memang akui, sebenarnya Geng Upin Ipin adalah yang terbaik serba serbi. Tapi kena ambil kira jugak, kemajuan animasi Malaysia tak akan wujud tanpa yang lama. Lagi-lagi punya nilai nostalgik dan kenangan.Sebab itu orang-orang tua masih setia dengan lagu rock lamanya.
Sebahagian di atas hanyalah beberapa ciri yang membuatkan hati IN terasa ingin mengiktirafkan kartun Usop Sontorian sebagai yang terbaik. Tak kisahlah kalau ada yang tak setuju, sebab hati orang lain-lain. Lantaklah, orang nak kata apa tentang kartun Usop ini. Gambar tak cantik lah, berjalan macam tak betul lah. Yang penting rasa seronok dan terhibur bila menonton. IN memang akui, sebenarnya Geng Upin Ipin adalah yang terbaik serba serbi. Tapi kena ambil kira jugak, kemajuan animasi Malaysia tak akan wujud tanpa yang lama. Lagi-lagi punya nilai nostalgik dan kenangan.Sebab itu orang-orang tua masih setia dengan lagu rock lamanya.
Usop Sontorian boleh ditonton di YouTube, klik episod bermain rakit, berkhatan, meriam buluhdan banyak lagi untuk melepas rindu. Lepas ini, bolehlah buat group penyokong Usop Sontorian kat Facebook. Sesiapa yang nak tambah ciri-ciri tu, bolehlah tambah di ruangan komen. Nak tahu jugak, member-member yang dari kecik duduk di bandar tengok juga kan kartun ini?
terbaik punya entry . . suka2 . .
ReplyDeletehe he he :P
ReplyDeleteTeringat member sekolah dulu pemilik suara usop sontorian
ReplyDelete