Dialek Johor-Riau
Dialek ini digunakan di hampir semua bekas jajahan empayar Johor-Riau di Semenanjung. Dialek Johor-Riau kini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu standard di Malaysia. Ciri utama dialek ini adalah akhiran ‘a’ yang dibunyikan sebagai ‘ě’. Seperti contoh:
Saya - disebut sayě
Apa – disebut Apě
Berapa – disebut Berapě
Bagaimanapun akhiran ‘a’ untuk kata-kata yang diadotasi dari perkataan Indonesia dikekalkan seperti sebutan asal :
Anda – disebut anda
Merdeka - disebut Merdeka
bunyi akhiran ‘r’ tergugur pada kata-kata seperti berikut:
Besar - disebut Besa (dengan sebutan a yang betul)
lebar - disebut Leba (dengan sebutan a yang betul)
sabar - disebut Saba (dengan sebutan a yang betul)
Bunyi ‘o’ diguna menggantikan kata-kata yang berakhir dengan sebutan ‘ur ”
Tidur – disebut Tido
Telur – disebut Telo
Pengguguran bunyi ‘r’ ditengah kata sebelum huruf konsonen seperti berikut:
Kerja - disebut Keja (a menjadi sebutan ě)
Pergi - disebut Pegi
Berjalan - disebut Bejalan
Bagaimanapun terdapat viarasi kecil di dalam dialek ini mengikut kawaan-kawasan tertentu.
Variasi tersebut dapat dilihat dibawah:
Ejaan Standard Johor-Riau Johor Pesisir Barat & Utara Melaka
Besar Besa Beso Besau
Lebar Leba Lebo Lebau
Sabar Saba Sabo Sabau
Langgar langga Langgo Langgau
Tukar Tuka Tuko Tukau
Dialek Negeri Sembilan
Penutur bahasa Melayu di Negeri Sembilan telah dipengaruhi bahasa Minang. Ini disebabkan negeri itu mempunyai sejarah panjang dengan Suku Minangkabau dari Sumatera. (contohnya tidak disertakan disini)
Dialek Perak
Terdapat dua pecahan kecil dalam dialek Melayu Perak (Tengah dan Selatan)
Sebagaimana dialek Johor-Riau, Dialek Perak juga tidak mengikut sebutan baku ‘a’ seperti contoh berikut:
Ejaan Standard Johor-Riau Perak Selatan Perak Tengah
Saya Sayě Sayěě Saye
Apa Apě Apěě Ape
Berapa Berapě Berapěě Berape
Nota: Huruf-huruf ěě merupakan sebutan ‘ě’ yang dibunyikan dengan jelas. Manakala huruf ‘e’ mengikut contoh bunyi e dalam kata ‘beca’
Bagaimanapun terdepat sedikit perbezaan kata antara dialek Perak dengan Bahasa Melayu Standard seperti dibawah: (sekadar beberapa contoh)
BM Malaysia Perak Selatan Perak Tengah
Kamu Koměě Kome
Dialek Utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak Utara)
Selain berbeza sebutan, terdapat juga perbezaan kata yang jelas antara dialek Utara dengan Dialek Johor-Riau. Ciri utama dialek ini adalah sebutan ‘a’ dihujung kata yang dibunyikan secara baku .
Ejaan Standard Dialek Utara
Saya Saya (mengikut sebutan baku )
Dia Dia (mengikut sebutan baku )
Mana Mana (mengikut sebutan baku )
Huruf ‘r’ di akhir kata diganti dengan bunyi ‘q’. Lihat contoh:
Ejaan Standard Dialek Utara
Bergetar Bergetaq
Ular Ulaq
Telur Teloq
Bunyi ‘i’ di tengah digantikan dengan bunyi ‘ia’
Ejaan Standard Dialek Utara
Pasir Pasiaq
Baligh Baliaq
Pengguguran huruf ‘g’ dibelakang kata. Contoh:
Ejaan Standard Dialek Utara
Kambing Kambin
Kuning Kunin
Anjing Anjin
Kata-kata yang berbeza dengan Bahasa Melayu Standard (sekadar beberapa contoh):
BM Standard Dialek Utara
Awak / Kamu Hang
Mereka (bunyi ě) Depa (sebutan baku )
Sekejap Sat
Kenapa (bunyi ě) Awat
Pergi Pie
Kelapa (bunyi ě) Nyoq
Terdapat juga dialek kecil didalamnya yang mempunyi sedikit beza sebutan seperti dibawah:
Dialek Utara Dialek Utara (Perlis)
Kasut Kasuit
Pulut Puluit
Dialek Kelantan (kecek kelate)
Dialek Kelantan merupakan dialek Melayu yang paling banyak mempunyai beza sebutan dari dialek-dielak Melayu di Semenanjung. Selain beza sebutan, dialek Kelantan juga mempunyai banyak perkataan yang berbeza. Ciri utama dialek Kelantan adalah penggantian huruf ‘n’ dan ‘ng’ di belakang kata dengan huruf ‘e’ (sama dengan bunyi e dalam kata Beca)
Ejaan Standard Dialek Kelantan
Kawan Kawe
Bulan Bule
Terang Teghe
Tenang Tene
Bukan Buke
Tangan Tange
Huruf ‘a’ di belakang kata juga diganti dengan bunyi ‘o’
Ejaan Standard Dialek Kelantan
Apa Gapo
Hamba Ambo
Mana Mano
Perbezaan kata antara dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard
Ejaan Standard Dialek Kelantan
Satu (dua, tiga empat…) Se (dua, tiga empat…)
Saya Kawe / ambo
Awak / Kamu Demo
Bagaimana Guano
Cakap Kecek
Duit Pitih
Gaduh Gocho
Juara Jogho
Kelapa Nyo
Kawan / sahabat Saing
Dialek Terengganu
Ejaan Standard Dialek Terengganu
Makan Makang
Ikan Ikang
Bukan Bukang
Badan Badang
Pun Pung
Zapin Zaping
Kemaman (nama daerah) Kemamang
Jalan Jalang
Hujan Hujang
Dalam dialek Terengganu huruf ‘a’ di akhir kata juga diganti dengan bungi ‘ě’ yang jelas sebagaimana dielak Perak (selatan)
Ejaan Standard Dialek Terengganu Dialek Kelantan
Apa Apěě Gapo
Mana Maněě Mano
Pengguguran huruf ‘m’ didalam kata-kata seperti :
Ejaan Standard Dialek Terengganu
Jumpa Jupěě
Sampai Sapaa
Terdapat juga sedikit perbezaan kata didalam dialek Terengganu seperti contoh berikut:
BM Standard Dialek Terengganu
Duit Piti
Selalu Sokmo
(ada diantaranya sama dalam dialek Kelantan)
Dialek Pahang
Dialek Sarawak
Bahasa Melayu Sarawak merupakan dialek yang paling besar perbezaannya dengan dialek-dialek Melayu lain di Malaysia. Dielak ini juga dipengaruhi bahasa Melayu Brunai, Bahasa Iban, Bidayuh, Melanau dan bahasa suku-suku di Filipina. Berikut adalah beberapa perkataan didalam dialek Melayu Sarawak
BM Standard Dialek Sarawak
Saya Kamek
Awak / kamu Kitak
Dia Nya
Tidak Sik
Jangan Sikboh
Ini Itok
Sini Sitok
Itu Ya
Situ Siya
Mana Ne
Dimana Sine
Cakap Madah
Orang Sidak
Cantik Kacak
Sombong lawa
Lama Lamak
Jumpa Temu
Kucing Pusak / pusa
Anjing Asok
Ayam Manok
Ya Auk
dan banyak lagi perkataan dalam dialek Sarawak yang sangat berbeza dengan dialek-dialek Melayu di Semenanjung. (tapi ada juga yang sama)
Dialek Sabah
Bahasa Melayu Sabah tidaklah banyak berbeza dengan bahasa Melayu Semenanjung berbanding bahasaSarawak . Bilangan orang Melayu-Brunei yang bukan majoriti tidak dapat mempengaruhi pertuturan Bahasa Melayu di Sabah. Keadaan ini menyebabkan suku-suku asli di Sabah menjadi bahasa Melayu Standard sebagai bahasa pemersatu antara mereka. Bagaimanpun, mereka menggunakan sebutan baku yang bunyinya seperti Bahasa Indonesia. Disaming itu terdapat juga kata pinjaman dari bahasa suku kaum di negeri itu. Bagaimanapun data yang tersedia masih minium
Biarpun banyak variasi dalam dialek-dialek Melayu Malaysia, generasi muda kini semakin ramai yang menggunakan bahasa Melayu Standard berbanding dialek ibu mereka sendiri. Keadaan ini dapat dilihat ketara pada pertuturan orang Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak.
PS: Bahaso Negori sembilan aku takde contoh sepa yg ade tolong comment ya
No comments:
Post a Comment