Wednesday, June 22, 2011

Assalamualaikum dan Selamat Sejatera My Friends

Assalamualaikum dan Salam Sejatera Para teman 2...blogger ...Emmm dah lama aku tak post atau buat entry dlm blog aku ni .Maklum lah aku sibuk sanggat dengan kerja (OJT) dalam masa 6 bulan ni,mungkin lepas raya atau bulan 11 baru aktif semula  dengan blog ni. Mungkin teman 2 tertanya 2 apa kerja aku ni ?????  Kerja Bahagian Elektrik...sebenar nya bukan keje sepenuh nya...tapi Pratikal...Course yg aku ambil dikenali sebagai Pw2 dalam bahasa english ia dikenali sebagai single phase dalam bahasa melayu pula ia di kenali sebagai pendawaian fasa tunggal dengan endosan ..Sebenarnya background aku lebih kepada Computer bahagian System oleh Kerana cita 2..ku mau jadi Technician Tm Sebab itu lah aku ambil course elektrik...Sekarang ni aku pratikal dah dua bln lebih dah...tinggal 4 bulan lagi..

Aku nak cite ni pengalaman time aku pratikal secara ringkas ni..

Aku pratikal di Area Tawau ...emm syarikat kontraktor yg aku kerja ni dikenali Sebagai Indah Kurnia .Syarikat ni kamu boleh jumpa di Jalan Bakau di Wisma DS...tingkat 4...Ok ..macam ni ..sebelum aku pratikal aku berharap sangat tidak dpt keje chargeman seperti tanam tiang , gali lubang, tarik kabel overheat , tarik kabel underground dan kawalan motor...Sekali nya aku mula Pratikal ja terus dapat kerja yg paling aku mau elakkan ...HA HA HA XD..

Sengsara betul time pratikal ni.....mula 2 aku menarik kabel overheat 35mm..., tanam tiang lampu, gali lubang utk kabel underground sejauh 16 km atau lebih lagi..., mengikat cable 4core ,3core dengan single core , tarik kabel underground 815 meter...kamu boleh bayangkan tak ??? menarik kabel sejauh  tu..Tutup , pasang lampu,fitting ,pasang DB , Buat kawalan Motor dan banyak lagi...walaupun aku tak suka buat tapi bersyukur juga aku dapat pengalaman...cam ni...Harap 2 lah aku boleh lulus exam Pw2 kali ni, Insyallah aku boleh ambil Pw4 atau dikenali Sbg three phase .Teman 2 blogger tolong doa kan aku  semoga  berjaya dan lulus exam nanti ...PEACE Salam Kedamaian...

PS: Teruk kan aku punya tulisan..wakkaksakkskakak

Friday, April 22, 2011

15 Sumandak Tercantik DI SABAH ..TOP 15



Assalamualaikum Blogger dan Para Pembaca Blog saya (jawab jgn x jawab dose tau )


Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK...atau TONDU

Sumandak @ Tondu adalah bahasa Kadazan dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah)

Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" kalo dalam bahasa shortform urang kami panggil mandak..ke ke ke..

Ya, saya setuju itu. Atukoi...

Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka.

Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah tampak similar dengan gelaran Sumandak.



Perempuan Sabah memang cantik kerana dari beberapa faktor-pelbagai bangsa bumiputra, kebanyakan nya memang berkulit putih, dan lebih bersopan..

namun disebabkan pelbagai pendedahan budaya barat, terdapat segelintir perempuan sabah yg senang terpengaruh dengan budaya luar, tetapi masih ada juga yg masih berpegang teguh dengan budaya sopan sabah. 


Secara keseluruhan nya, perempuan sabah lagi paling cantik.....Aramaitiiiii....Sumandak.



Tapi, diberi amaran bahawa jangan sesekali kasi "main-main" ini sumandak kerana mereka mempunyai satu adat yang diberi nama "SOGIT"

Sogit bermaksud denda yang diberi kepada pesalah yang melanggar peraturan dalam etnik Dusun

Jadi akhir kata, mengurat mengurat juga, tapi Sogit kena jaga, jangan sampai kena!!



Senarai Sumandak Sabah
1:(Allahyarham)Yanie Mentor Sitti Suriane Julkarim )
2:Stacy AF
3: Velvet AF
4:Noni AF ( Noni Nadira )
5:Nikki Malaysian Idol
6:Marsha AF
7:Linda AF
8:Joanna Sue
9:Daphne Iking
10:Candy AF
11:Amber Chia
12:Nina ( Azharina Azhar)
13:Fatin Alya
14:Mimi Izzati
15:Lidya Natasha


Yanie Mentor 


hihihi... bekas peserta program realiti MENTOR musim ke 2 dan mentor beliau adalah Ning Baizura. mendapat naib juara dalam program tersebut. Popular dengan lagu SALING TERPESONA duet bersama Diddy AF5.Salah satu Sumandak paling cantik..Sebelum tu Sama-sama kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga ditempatkan di kalangan insan yang beriman dan diredhai Allah. Al-Fatihah





Stacy Af 


Seterusnya adalah Stacy ( Stracie Angie Anam ) merupakan Juara AF6 . Bakatnya dalam bidang nyanyian dan tarian tidak boleh dipertikaikan kerana Stacy adalah seorang yang lincah serta mempunyai stamina yang cukup kuat untuk beraksi di atas pentas






Velvet AF


Ni adalah Velvet (Velvet Lawrence Aduk) baru saja menamatkan zaman bujangnya dengan Rich (Richael Gimbang) vokali kumpulan Estranged yang juga merupakan graduan lepasan AF4 bersama-sama dengan Velvet....





Noni AF
Erm ni plak adalah Noni (Noni Nadirah) juga merupakan graduan daripada Akademi Fantasia musim ke 5 . Walaupun bekas pelajar AF namun bakatnya lebih terserlah dalam bidang lakonan. Antara drama yang pernah Noni berlakon adalah PRIA... erm...





Nikki
Next sumandak adalah Nikki ( Nicolette Louisa Palikat ) bekas peserta program realiti iaitu Malaysian Idol Season 1. Pada ketika itu Paul Moss (Juri MI) mengatakan bahawa Nikki sepatutnya layak ke final beraksi bersama-sama Jaclyn Victor. Namun undian para penonton x menyebelahi Nikki... beberapa tahun kemudian Nikki muncul dengan single pertamanya berjudul CARAMU dan pada ketika itu Nikki dianugerahkan sebagai Artis Baru Terbaik (or Harapan) kat Anugerah Planet Muzik... Nikki juga terkenal dengan alunan vokal nya yang mantap dan mampu untuk mencapai not2 yang tinggi.


Marsha AF


Next is... Marsha (Marsha Milan Londoh) bekas graduan AF3. Pada kemunculan awal beliau di dalam AF Marsha sering dikutuk akibat perangai beliau yang dikatakan gedik..) .Namun setelah menamatkan pembelajarannya di Akademi, Marsha telah mendapat tawaran untuk berlakon dalam drama online pertama Malaysia iaitu Kerana Karina dan dalam drama itu Marsha memegang watak utama iaitu Karina. Drama ini juga dimasukkan kedalam Malaysia's Book of Records.


Linda AF
Linda (Norlinda Nanuwil) gadis kelahiran Sabah yang berasal daripada Ranau ini menjadi peserta favourite untuk mengodol juara AF2 namun Linda telah tersingkir beberapa minggu sebelum konsert akhir dan kejutan berlaku apabila beliau diserapkan kembali kedalam Akademi. Namun hasrat untuk menjadi juara tidak kesampaian dan Linda hanya mendapat Naib Juara. Selepas AF Linda seakan-akan tengelam timbul... erm tapi baru2 ini Linda telah mengeluarkan Album Kadazan Dusunnya di Sabah.. 


Joanna Sue
Ni pula adalah Joanna (Joanna Sue Henlyn Rampas) adalah antara selebriti Sabah yang meningkat naik popularitinya... hikhiks.... selalu gak kuar kat RTM nih... popularitinya melonjak apabila beliau di nobatkan sebagai Unduk Ngadau (Ratu Kaamatan) 2007.
Daphne Iking


Ini adalah Daph (Daphne Iking) popular menerusi program yang pernah di acarakan oleh beliau iaitu Explorace TV3 dan juga MyStarz LG musim pertama. Daphne ni juga merupakan bekas Unduk Ngadau. 


Candy AF
Ni adalah Candy (Candra Clement) juga merupakab bekas pelajar AF musim yang ke-5. popular menerusi lagu beliau yang berjudul Demam hasil ciptaan KRU. erm persembahan Candy didalam AF boleh dikatakan antara pelajar yang paling konsisten setiap minggu. Namun itu semua tidak membuahkan hasil dimana Candy hanya berjaya untuk menempatkan diri dikalangan top 5.


Amber Chia
Amber Chia gadis kelahiran Tawau, Sabah ini pernah menghiasi majalah PlayBoy huhu... antara Model yang terkenal di Malaysia. bakatnya bukan hanya dalam bidang peragaan namun beliau pernah memegang watak utama dalam sebuah filem seram bertajuk POSSESSED bergandingan bersama Sharifah Amani.ORang TaWau baitooo..




Nina ( Azharina Azhar )
Nina (Azharina Azhar) ni saya nak katakan bahawa antara artis yang tidak hipokrit dimana klu artis2 laen ditanya soalan mengenai sedut lemak mesti jawab "ni teknik mekap la" fuhh... sampai bila nak sembunyikan benda tuh...?? haha... lain plak kat Azharina ni dia ngaku menjalani proses membuang lemak (erm mcm mana tuh...?? pakai laser la.. aduuiii...) keluar ngan single terbarunya yang berjudul RAWAN. ( Kalau Tak Silap lah ).. .Terbaeeekkk
Fatin Alya


Tiada Info tapi yg pasti Dia Sumandak Sino Paling Santik Di Sabah Ni..ke ke ke
Gambar dapat Dari Stalker Frankie Levi..ha ha ha...


Mimi Izzati



Tiada Info tapi yg pasti Dia Sumandak  Paling Santik Di Sabah Ni..ke ke ke
Gambar dapat Dari Stalker Frankie Levi..ha ha ha...



Lidya Natasha
Tiada Info tapi yg pasti Dia Sumandak Mix Orang Putih Paling Santik Di Sabah Ni..ke ke ke 
Gambar ni  dapat Dari Stalker Frankie Levi..ha ha ha...Same juge kan..








Mo tahu Siapa Frankie levi ( Stalker terbaeek kat Malaysia ni.. ) aku pun di perhatikan juga ole mamat ni...risau juga aku...apapun mo tahu sepa pi link ni Frankie Levi


Sebelum post ni berakhir  baru saya  perasan orang dr kelantan nie cantik2 dan lawa. 
Mereka ni kalo putih ada dua macam putih kuning dan putih cam porcelain.tinggi,hidung mancung, mata bulat bundar..kulitnya adusss gebu bersih bha. Satu lagi sya tgk mereka ada beragam kecantikan mereka ni ndak sama antara individu.Penah sekali pigi kota baru macam nk borong ja mereka nih.he he he he... nanti aku update lagi...kalo ada masalah link tolong comment ye...

Bah Jejaka - Jejaka yg hensemboi tu mana sumandak pilihan kamu ?


Saturday, April 16, 2011

Dialek - Dialek Melayu



Dialek Johor-Riau
Dialek ini digunakan di hampir semua bekas jajahan empayar Johor-Riau di Semenanjung. Dialek Johor-Riau kini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu standard di Malaysia. Ciri utama dialek ini adalah akhiran ‘a’ yang dibunyikan sebagai ‘ě’. Seperti contoh:
           
            Saya - disebut sayě
            Apa – disebut Apě
            Berapa – disebut Berapě

Bagaimanapun akhiran ‘a’ untuk kata-kata yang diadotasi dari perkataan Indonesia dikekalkan seperti sebutan asal :
           
            Anda – disebut anda
            Merdeka - disebut Merdeka

bunyi akhiran ‘r’ tergugur pada kata-kata seperti berikut:

Besar - disebut Besa (dengan sebutan a yang betul)
lebar - disebut Leba (dengan sebutan a yang betul)
sabar - disebut Saba (dengan sebutan a yang betul)

Bunyi ‘o’  diguna menggantikan kata-kata yang berakhir dengan sebutan ‘ur

Tidur – disebut Tido
Telur – disebut Telo

Pengguguran bunyi ‘r’ ditengah kata sebelum huruf konsonen seperti berikut:

            Kerja - disebut Keja (a menjadi sebutan ě)
            Pergi - disebut Pegi
            Berjalan - disebut Bejalan

Bagaimanapun terdapat viarasi kecil di dalam dialek ini mengikut kawaan-kawasan tertentu.

Variasi tersebut dapat dilihat dibawah:

           Ejaan Standard      Johor-Riau       Johor Pesisir Barat & Utara      Melaka
Besar                           Besa                                  Beso                      Besau
            Lebar                           Leba                                  Lebo                     Lebau
            Sabar                           Saba                                  Sabo                     Sabau
            Langgar                        langga                                Langgo                  Langgau   
            Tukar                           Tuka                                  Tuko                     Tukau

Dialek Negeri Sembilan
Penutur bahasa Melayu di Negeri Sembilan telah dipengaruhi bahasa Minang. Ini disebabkan negeri itu mempunyai sejarah panjang dengan Suku Minangkabau dari Sumatera. (contohnya tidak disertakan disini)

Dialek Perak
Terdapat dua pecahan kecil dalam dialek Melayu Perak (Tengah dan Selatan)
Sebagaimana dialek Johor-Riau, Dialek Perak juga tidak mengikut sebutan baku ‘a’ seperti contoh berikut:

     Ejaan Standard           Johor-Riau                  Perak Selatan             Perak Tengah
            Saya                             Sayě                             Sayěě                           Saye
            Apa                              Apě                              Apěě                            Ape
            Berapa                         Berapě                         Berapěě                       Berape

Nota: Huruf-huruf ěě merupakan sebutan ‘ě’ yang dibunyikan dengan jelas. Manakala huruf ‘e’ mengikut contoh bunyi e dalam kata ‘beca’ 
           
Bagaimanapun terdepat sedikit perbezaan kata antara dialek Perak dengan Bahasa Melayu Standard seperti dibawah: (sekadar beberapa contoh)

            BM Malaysia             Perak Selatan              Perak Tengah
            Kamu                           Koměě                         Kome
            Kota                            Kotěě                           Kote

Dialek Utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak Utara)
Selain berbeza sebutan, terdapat juga perbezaan kata yang jelas antara dialek Utara dengan Dialek Johor-Riau. Ciri utama dialek ini adalah sebutan ‘a’ dihujung kata yang dibunyikan secara baku.

            Ejaan Standard                                   Dialek Utara
            Saya                                         Saya (mengikut sebutan baku)
            Dia                                           Dia (mengikut sebutan baku)
            Mana                                       Mana (mengikut sebutan baku)

Huruf ‘r’ di akhir kata diganti dengan bunyi ‘q’. Lihat contoh:
           
            Ejaan Standard                      Dialek Utara
Bergetar                                   Bergetaq
Ular                                          Ulaq
Telur                                        Teloq

Bunyi ‘i’ di tengah digantikan dengan bunyi ‘ia’

            Ejaan Standard                      Dialek Utara
            Pasir                                         Pasiaq
            Baligh                                       Baliaq

Pengguguran huruf ‘g’ dibelakang kata. Contoh:

            Ejaan Standard                     Dialek Utara
            Kambing                                  Kambin
            Kuning                                     Kunin
            Anjing                                      Anjin

Kata-kata yang berbeza dengan Bahasa Melayu Standard (sekadar beberapa contoh):
           
            BM Standard                                       Dialek Utara
            Awak / Kamu                                       Hang
            Mereka (bunyi ě)                                  Depa (sebutan baku)
            Sekejap                                                Sat
            Kenapa (bunyi ě)                                  Awat
            Pergi                                                     Pie
            Kelapa   (bunyi ě)                                 Nyoq
                                   
Terdapat juga dialek kecil didalamnya yang mempunyi sedikit beza sebutan seperti dibawah:

            Dialek Utara                                       Dialek Utara (Perlis)
            Kasut                                                   Kasuit
            Pulut                                                     Puluit

Dialek Kelantan (kecek kelate)
Dialek Kelantan merupakan dialek Melayu yang paling banyak mempunyai beza sebutan dari dialek-dielak Melayu di Semenanjung. Selain beza sebutan, dialek Kelantan juga mempunyai banyak perkataan yang berbeza. Ciri utama dialek Kelantan adalah penggantian huruf ‘n’ dan ‘ng’ di belakang kata dengan huruf ‘e’ (sama dengan bunyi e dalam kata Beca)

            Ejaan Standard                                   Dialek Kelantan
            Kawan                                                 Kawe
            Bulan                                                    Bule
            Terang                                                  Teghe
            Tenang                                                 Tene
            Bukan                                                  Buke
            Tangan                                                 Tange

Huruf ‘a’ di belakang kata juga diganti dengan bunyi ‘o’

            Ejaan Standard                                   Dialek Kelantan
            Apa                                                     Gapo
            Hamba                                                 Ambo
            Mana                                                   Mano

Perbezaan kata antara dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard

            Ejaan Standard                                   Dialek Kelantan
Satu (dua, tiga empat…)                     Se (dua, tiga empat…)
Saya                                                     Kawe / ambo
Awak / Kamu                                       Demo
Bagaimana                                            Guano
Cakap                                                  Kecek
Duit                                                      Pitih
Gaduh                                                  Gocho
Juara                                                    Jogho
Kelapa                                                 Nyo
Kawan / sahabat                                   Saing

Dialek Terengganu
Gaya percakapan penutur dialek Terengganu sama seperti dialek Kelantan. Bagaimanapun ianya berbeza dari segi sebutan. Ciri utama dialek Terengganu adalah penambahan huruf ‘g’ bagi kata-kata yang berakhiran dengan ‘n’. Contoh:

Ejaan Standard                                  Dialek Terengganu
Makan                                                 Makang
Ikan                                                     Ikang
Bukan                                                  Bukang
Badan                                                  Badang
Pun                                                      Pung
Zapin                                                    Zaping
Kemaman (nama daerah)                      Kemamang
Jalan                                                     Jalang
Hujan                                                   Hujang

Dalam dialek Terengganu huruf ‘a’ di akhir kata juga diganti dengan bungi ‘ě’ yang jelas sebagaimana dielak Perak (selatan)

Ejaan Standard          Dialek Terengganu             Dialek Kelantan
Apa                              Apěě                                  Gapo
Mana                           Maněě                                Mano
Ada                              Aděě                                  Ado

Pengguguran huruf ‘m’ didalam kata-kata seperti :
           
Ejaan Standard                                  Dialek Terengganu
Jumpa                                                 Jupěě
Sampai                                                Sapaa

Terdapat juga sedikit perbezaan kata didalam dialek Terengganu seperti contoh berikut:

            BM Standard                                       Dialek Terengganu
            Duit                                                      Piti
            Selalu                                                   Sokmo

(ada diantaranya sama dalam dialek Kelantan)

Dialek Pahang
Gaya penuturan sama seperti penutur dialek Kelantan dan Terengganu. Tetapi berbeza sedikit dari segi sebutan. Tidak banyak info yang diperolehi tentang dialek ini kerana penuturnya lebih cenderong menggunakan dialek Johor-Riau (Pahang di satu masa dahulu adalah sebahagian dari jajahan kerajaan Johor-Riau-Lingga)

Dialek Sarawak
Bahasa Melayu Sarawak merupakan dialek yang paling besar perbezaannya dengan dialek-dialek Melayu lain di Malaysia. Dielak ini juga dipengaruhi bahasa Melayu Brunai, Bahasa Iban, Bidayuh, Melanau dan bahasa suku-suku di Filipina. Berikut adalah beberapa perkataan didalam dialek Melayu Sarawak

            BM Standard                                       Dialek Sarawak
            Saya                                                     Kamek
            Awak / kamu                                        Kitak
            Dia                                                       Nya
            Tidak                                                   Sik
            Jangan                                                  Sikboh
            Ini                                                        Itok
            Sini                                                       Sitok
            Itu                                                        Ya
            Situ                                                      Siya
            Sana                                                     Sinun
            Mana                                                   Ne
            Dimana                                                 Sine     
            Cakap                                                  Madah
            Orang                                                   Sidak  
            Cantik                                                  Kacak
            Sombong                                              lawa
            Lama                                                    Lamak
            Jumpa                                                  Temu
            Kucing                                                 Pusak / pusa
            Anjing                                                  Asok
            Ayam                                                   Manok
            Ya                                                        Auk

dan banyak lagi perkataan dalam dialek Sarawak yang sangat berbeza dengan dialek-dialek Melayu di Semenanjung. (tapi ada juga yang sama)

Dialek Sabah
Bahasa Melayu Sabah tidaklah banyak berbeza dengan bahasa Melayu Semenanjung berbanding bahasaSarawak. Bilangan orang Melayu-Brunei yang bukan majoriti tidak dapat mempengaruhi pertuturan Bahasa Melayu di Sabah. Keadaan ini menyebabkan suku-suku asli di Sabah menjadi bahasa Melayu Standard sebagai bahasa pemersatu antara mereka. Bagaimanpun, mereka menggunakan sebutan baku yang bunyinya seperti Bahasa Indonesia. Disaming itu terdapat juga kata pinjaman dari bahasa suku kaum di negeri itu. Bagaimanapun data yang tersedia masih minium
                       
Biarpun banyak variasi dalam dialek-dialek Melayu Malaysia, generasi muda kini semakin ramai yang menggunakan bahasa Melayu Standard berbanding dialek ibu mereka sendiri. Keadaan ini dapat dilihat ketara pada pertuturan orang Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak. 

PS: Bahaso Negori sembilan aku takde contoh sepa yg ade tolong comment ya